Academic journal article International Journal of Islamic Thought

Pemikiran Politik Dan Kenegaraan Mohammad Natsir/Mohammad Natsir's Political Thought and Nationalism

Academic journal article International Journal of Islamic Thought

Pemikiran Politik Dan Kenegaraan Mohammad Natsir/Mohammad Natsir's Political Thought and Nationalism

Article excerpt

(ProQuest: ... denotes non-US-ASCII text omitted.)

Wacana pembentukan dasar perlembagaan negara berasaskan Islam pasca kemerdekaan Indonesia, tepatnya pada era presiden pertama Republik Indonesia iaitu Soekarno, merupakan babak yang penting dalam sejarah Indonesia. Dari sudut pandangan sosial, fenomena ini adalah perkara yang wajar, memandangkan majoriti penduduk Indonesia adalah beragama Islam. Faktor agama dan keyakinan tersebut sangat berperanan dalam membentuk sikap dan pemikiran seseorang meliputi persoalan sosial, ekonomi mahupun persoalan politik (Dwi Purwoko et al. 2001). Perkara ini juga berlaku ke atas Mohammad Natsir, apabila beliau berpendirian bahawa merealisasikan nilai Islam dalam hidup ini merupakan sebuah ideologi dan cita-cita utama seorang Mukmin. Menurut Natsir, ia tersimpul dalam maksud ayat al-Quran surah Al-Dhariyat (51:56) ... yang bermaksud: "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepada-Ku". Makna li yàbudun (...) menurut Natsir ialah memusatkan penyembahan hanya kepada Allah (s.w.t.) iaitu menjalankan semua aspek hidup ini sesuai dengan kehendak-Nya, sama ada perkara yang bersangkutan habl min Allah (segala persoalan ibadah yang berkaitan langsung dengan Tuhan) dan habl min al-nas (segala bentuk persoalan yang berhubungan dengan manusia termasuk di dalamnya yang berhubungan dengan alam dan persekitaran). Perkara ini jelas sebab cita-cita sejati seorang Mukmin adalah untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat (Mohammad Natsir 2001, 2008; Anwar Haryono 2001). Paparan tersebut menunjukkan bahawa dalam pandangan Natsir, isu1 isu yang berhubungan dengan persoalan politik dan persoalan negara termasuk dalam kerangka ibadah yang lebih luas maknanya.

Natsir dibesarkan di tengah Masyarakat Minangkabau iaitu di Kota Alahan Panjang pada 17 Julai 1908, yang persekitarannya memegang teguh adat istiadat. Ayahnya bernama Idris Sutan Saripado dan ibunya bernama Khadijah. Alahan Panjang dikenal sebagai kota yang banyak melahirkan gagasan pembaharuan. Sejak awal, penduduk kota ini telah didedah dan dilatih untuk mengenal nilai dasar Islam melalui kebiasaan dan adat resam suatu norma folkways (Kahin 1995). Demikian pula yang dialami oleh Natsir, semenjak kecil beliau sudah terbiasa mendengar perbahasan dan perbincangan ilmiah mengenai Islam yang berlaku antara golongan tradisional (kaum tua) dan golongan pembaharuan (kaum muda). Di usia 8 tahun, Natsir mula mendapat pendidikan di HIS (Holladsch Inlandsche School) pada 1916-1923. Sekolah rendah ini didirikan pada 23 Ogos 1915 oleh Haji Abdullah Ahmad, seorang tokoh pembaharuan di kota Padang, kemudian Natsir berpindah ke sekolah HIS di Solok. HIS merupakan sekolah rendah yang menggunakan bahasa Belanda. Didikan yang penuh kedisiplinan di sekolah ini telah banyak menyumbang kepada pembentukan karakter Natsir (Suhelmi 2002; Gamal 2003). Di samping itu, Natsir juga belajar agama di Madrasah Diniyah serta belajar bahasa Arab dan al-Quran daripada Tuanku Mudo Amin (Dwi Purwoko 2001). Pada tahun 1923-1927, Natsir melanjutkan pelajaran di sekolah menengah MULO (Meer Uitgebreid Lager Onderwijs) di Padang. Di sekolah ini, Natsir bergabung dengan satu perhimpunan pemuda yang bernama Jong Islamieten Bond (JIB). Ia merupakan gerakan pemuda dari kalangan terpelajar. Selain mengajarkan politik dan berorganisasi, perhimpunan ini juga memberikan latihan kepimpinan. Polisi dan idealisme perhimpunan ini sangat dipengaruhi oleh Haji Agus Salim, seorang tokoh intelektual Muslim dan pemimpin berpengaruh Sarekat Islam. Beliau banyak memberi sentuhan nilai Islam kepada perhimpunan ini (Haryono 1995; Gamal 2009; Suhelmi 2002; Deliar 1980).

Pada 1927-1930 Natsir melanjutkan pengajiannya di AMS (Algemene Middelbare School) di Bandung dan berjaya menguasai bidang kesusasteraan klasik Barat. Selepas tamat dari AMS, Natsir mendalami pengajian agama daripada Ustaz Ahmad Hassan dan sekaligus bergabung dengan PERSIS. Pertubuhan ini melihat Islam bukan setakat agama yang mengurus persoalan ritual ibadah secara kepada Tuhan saja, malah Islam merupakan sebuah sistem politik dan sosial. …

Search by... Author
Show... All Results Primary Sources Peer-reviewed

Oops!

An unknown error has occurred. Please click the button below to reload the page. If the problem persists, please try again in a little while.