Academic journal article International Journal of Islamic Thought

Terorisme Sebagai Cabaran Ideologi Muslim Masa Kini: Satu Analisis Dari Perspektif Falsafah/Terrorism as Ideological Challenge on Contemporary Muslim: A Philosophical Analysis

Academic journal article International Journal of Islamic Thought

Terorisme Sebagai Cabaran Ideologi Muslim Masa Kini: Satu Analisis Dari Perspektif Falsafah/Terrorism as Ideological Challenge on Contemporary Muslim: A Philosophical Analysis

Article excerpt

Kebelakangan ini terlalu banyak ideologi yang ciri-cirinya berbentuk fahaman keras dan radikal ataupun ekstrem, bahkan berpotensi mempengaruhi masyarakat sekeliling kepada tindakan-tindakan yang melampaui batas. Ia termasuklah berbentuk provokasi, ugutan, keganasan, penculikan, penderaan, rampasan, peperangan, pengeboman, pembunuhan dan sebagainya. Terdapat sebilangan masyarakat dunia luar terutamanya Barat begitu fokus melabelkan kelompok Muslim sebagai pengganas, dengan gelaran terrorist (teroris) mahupun extremist (ekstremis atau radikalis). Ia disebabkan oleh pendedahan pelbagai pihak media Barat berhubung kejadian keganasan di seluruh dunia yang kerap menuding jari kepada golongan Muslim sebagai pelakunya. Golongan teroris ini juga seringkali disentimenkan oleh media Barat sebagai golongan pelampau agama. Label-label sedemikian masih boleh diabaikan oleh umat Islam secara dasarnya selagi mana sikap media Barat begitu berat sebelah dalam memainkan isu terorisme. Malah kegagalan Barat memberikan justifikasi tepat tentang terorisme yang dihubungkan dengan istilah 'jihad' merupakan satu bentuk manipulasi persepsi.

Istilah 'terorisme' disinonimkan maksudnya dengan penggunaan kekerasan dalam memastikan segala matlamat yang dikehendaki tercapai. Ia termasuklah melalui aktiviti penculikan, rampasan, pembunuhan dan peperangan. Semuanya dikategorikan sebagai ganas dan melampaui batas (Kamal 2008). Pada hari ini, masyarakat Islam seluruh dunia semakin keliru dalam memahami ideologi bawaan golongan radikal tersebut terutama sekali daripada gerakan atau kumpulan militan Islam sepertimana IS (Islamic State) dan sebagainya. Merumitkan keadaan, didapati semakin banyak pengakuan secara terbuka oleh mereka ini sebagai pelaku yang mendakwa bahawa diri masing-masing adalah 'pejuang' Islam iaitu mujahid ataupun mujahidin. Pusat membeli-belah, hotel dan tempat laluan ramai telah dijadikan lokasi pembunuhan dan pengeboman berani mati oleh kelompok tersebut. Mereka ini mendakwa apa yang dilakukannya bukanlah satu usaha berbentuk 'keganasan', sebaliknya mentafsirkan perbuatan tersebut sebagai 'jihad' walaupun pembunuhan dan pengeboman tersebut telah meragut nyawa orang ramai termasuklah golongan warga emas dan kanak-kanak. Di samping itu, mereka mendakwa tindakan tersebut adalah sebagai satu respons kepada dunia Barat tentang erti sebenar 'keadilan' yang selama ini sering dimanipulasi dan didiskriminasikan oleh Barat ke atas masyarakat minoriti Muslim mahupun ke atas kebanyakan negara Islam. Sebab itulah segala bentuk pemberontakan dan peperangan oleh kelompok militan Muslim sedemikian sentiasa mendapat sokongan oleh segelintir masyarakat Islam seluruh dunia walaupun keganasan yang dilakukan amatlah melampau sehingga menghilangkan nilai kemanusiaan dan akhlak Islamiah. 'Keganasan' tersebut masih dianggap sebagai 'jihad' oleh kumpulan militan Islam yang bertanggungjawab, juga penyokongnya termasuklah masyarakat luar. Ia dikatakan mendapat sokongan oleh beberapa pihak tertentu dalam kalangan Muslim sendiri kerana turut bersimpati dengan nasib umat Islam terutamanya di negara-negara bergolak dan mengalami penindasan oleh negara-negara kuasa besar.

Namun begitu, semenjak akhir-akhir ini didapati kejadian keganasan yang dilakukan oleh golongan pelampau, radikal ataupun ekstrem ini bukan sahaja memfokuskan mangsanya adalah non-Muslim, malah turut melakukannya ke atas masyarakat Islam sendiri. Dengan kata lain, masyarakat Islam itu sendiri diperlakukan secara keganasan oleh golongan seagama mereka. Pelampau ataupun pengganas ini beranggapan masyarakat Islam yang diperlakukan tersebut adalah golongan yang 'halal' darahnya untuk didera atau dibunuh, malah didakwa sebagai 'tali barut' Barat, 'kafir' (walaupun mereka adalah Muslim) menurut kebekuan 'ijtihad' mereka. Semua ini telah memberikan satu persepsi yang mengelirukan sama ada kepada pihak Barat mahupun Islam. Masyarakat Islam menjadi semakin dalam dilemma sama ada mahu menyokong ataupun menolak individu dan kumpulan militan Islam. …

Search by... Author
Show... All Results Primary Sources Peer-reviewed

Oops!

An unknown error has occurred. Please click the button below to reload the page. If the problem persists, please try again in a little while.