Academic journal article International Journal of Islamic Thought

Penilaian Terhadap Pengajaran Syariat Islam Oleh Al-Hallaj, Hamzah Al-Fansuri, Dan Shamsuddin Al-Sumatera'i

Academic journal article International Journal of Islamic Thought

Penilaian Terhadap Pengajaran Syariat Islam Oleh Al-Hallaj, Hamzah Al-Fansuri, Dan Shamsuddin Al-Sumatera'i

Article excerpt

Kesempurnaan Islam terpancar sewaktu zaman Nabi dan para sahabat Baginda. Kerana itu golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah berkata bahawa sahabat adalah ahli jazbah (tarikan rohaniah) yang memiliki kekuatan bersumber daripada keadaan mereka menemani Nabi Tarikan rohaniah tersebut menyebar kepada seluruh ulama termasuk pemimpin tarekat rohani sehingga bercabang kepada salasilah yang banyak sebelum tarikan rohaniah itu semakin lama semakin lemah menyebabkan bilangan ahli fiqih (ahli ilmu) dan irshad (tarekat yang benar) pada zaman ini sangat sedikit (al-Jilani 1993: 141). Antara cara menentukan ulama tarekat yang benar ialah dengan meneliti lahir dan batin mereka. Lahir mereka menegakkan aturan syariat Islam dalam perintah mahupun larangan. Batin mereka pula mengikuti jalur khalwah, ùzlah dan suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang diikuti adalah Nabi sebagai perantara di antara salik dengan Allah. Antara salik dengan Nabi adalah roh rohani Nabi Muhammad yang mempunyai jasmani pada tempatnya dan rohani pada tempatnya. Syaitan sesungguhnya tidak dapat menjelma merupai Nabi dan itu adalah isyarat pada salik agar perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta (al-Jilani 1993: 141-142).

Woodward (1989: 102), seorang ahli akademik Amerika dalam kajian ethnographicnya ke atas agama Islam di Jawa, menyatakan berkenaan al-Hallaj (w. 922 M) seorang Sufiyang dianggap berpendirian bahawa syariat hanya untuk golongan awam, sedangkan bagi golongan yang telah mencapai peringkat tinggi boleh mengabaikan syariat. Tetapi Woodward tidak pula mengemukakan rujukan secara khusus berkenaan penyataan tersebut. Namun untuk berlaku adil kepadanya, Woodward juga tidak menyatakan bahawa tidak terdapat rujukan. Oleh yang demikian ada kemungkinan Woodward mengambil pendapat daripada mereka yang mendakwa sebagai pengikut al-Hallaj di Jawa. Namun sumber yang lebih kukuh, iaitu pengajaran al-Hallaj melalui manuskrip tulisannya atau pandangan ulama sezaman serta sealiran dengan al-Hallaj lebih penting diambil kira sebagai sumber primer. Hal ini demikian kerana, mengambil kira pengalaman al-Hujwiri (1974: 364) ketika beliau berada di Baghdad dan daerah sekitarnya, terdapat sekumpulan zindiq yang secara palsu mendakwa sebagai pengikut al-Hallaj serta mencipta ujaran sebagai hujah kezindiqan mereka sambil menggelar kumpulan mereka sebagai al-Hallaji. Kenyataan Woodward (1989: 102) berkenaan al-Hallaj adalah seperti berikut:

Like many of the more extreme Persian Sufis, al-Hallaj taught that the shariah is meant only for the uninitiated and the ignorant, and that it can be ignored by advanced mystic. Other than this, there is nothing unusual about his teachings.

Sedangkan dua ahli sufiAceh tersohor iaitu Hamzah al-Fansuri (w. 1527) dan Shamsuddin al-Sumatera'i (w. 1630 M) menyertakan al-Hallaj sebagai salah seorang tokoh yang dirujuk dalam penulisan mereka berkenaan persoalan hakikat (Hamzah al-Fansuri cod. Or. 7291: 75; cod. Or. 2016: 26; cod. Or. 7291 III: 115, 127; Shamsuddin al-Sumatera'i Ms 2581 F: 20, 31).

Persoalannya adakah benar al-Hallaj membolehkan pengabaian syariat kepada mereka yang telah mencapai peringkat kerohanian tinggi. Adakah perkara yang sama dilakukan juga oleh Hamzah al-Fansuri dan Shamsuddin al-Sumatera'i ketika menyampaikan kearifan mereka. Penilaian menggunakan manuskrip kedua-dua ahli sufiAceh itu dan penulisan lain berkenaan al- Hallaj dijadikan asas bagi menjawab persoalan berkenaan. Ini kerana, manuskrip sebagai jendela yang menghubungkan masa lampau dengan masa kini perlu dimanfaat bagi menunjukkan peri pentingnya pendekatan penilaian bersumberkan manuskrip dalam menyelenggara sesuatu pandangan yang dikaitkan dengan kearifan lampau, sedangkan sesuatu pandangan itu belum tentu benar disebabkan jarak masa yang jauh terpisah serta kemungkinan berlaku salah tanggapan. Pengkaji yang terpisah jauh dari dunia yang ingin mereka suarakan pastinya tidak dapat bersoal jawab dengan al-Hallaj, menemuramah Hamzah al-Fansuri, atau bertanyakan Shamsuddin al-Sumatera'i meminta menerangkan fahaman mereka kerana segalanya adalah kearifan lampau, namun apa-apa yang tinggal terkandung di dalam manuskrip. …

Search by... Author
Show... All Results Primary Sources Peer-reviewed

Oops!

An unknown error has occurred. Please click the button below to reload the page. If the problem persists, please try again in a little while.